Welcome Note

Monday, 19 November 2012

ALLAH sentiasa berada di sisi kita ♥

Assalamualaikum.
Tetiba tangan aku terasa gatal sangat nak menulis tengah hari ni. Selalu kalau tengahhari macam ni aku lepak depan TV lepas masak, mandi & sembahyang. Tapi atas sebab aku dah on WiFi awal, aku online je dari tadi. Hehehe. Boleh pulak aku terlajak bangun dari tidur hari ni. Ishh ishh.
Mak aku habaq, tak elok anak dara bangkit akhir-akhir *terkeluar loghat Penang :p hihihi*

Eppppp.........
Kembali ke topik asal. Hari ni aku tetiba nak tulis pasal Ingatlah Allah :)
Aku tahu aku bukannya hamba Allah yang sempurna. Aku pun pernah lakukan kesilapan. Aku cuba untuk berubah walaupun bukan dengan perubahan yang mendadak. Aku harus bina balik 'tiang' yang aku sendiri telah robohkan :( Ampunkan hambamu ini Ya Allah. 
Aku jarang dapat menunaikan solat 5 waktu dengan sempurna. Aku kadang-kadang selalu skip solat. Ya Allah! Dah puas babah & aunty aku cakap "Jangan tinggal solat, jangan tinggal solat" tapi aku buat jugak. Aku tak tahu kenapa aku jadi macam ni :( 

Tapi sekarang, aku dah cuba penuhkan solat 5 waktu aku :]
Sekarang ni pun aku mengaji dari awal balik. Nak jugak khatam Al-Quran sekali lagi.
Sepanjang hidup aku, Alhamdulillah aku dah khatam 2 kali. 

Aku tahu korang pernah rasa sedih dan hati rasa sakit sangat bila orang yang kita sayang luka hati kita. Aku pernah rasa perasaan macam tu. Menangislah. InsyaAllah akan baik. Tapi, benda yang paling mujarab kalau kita sedih, sembahyang. Berdoa kepada Allah agar hati kita tenang. Menangislah dia depan Allah. 
DIA sentiasa mendengar masalah kita.

Aku kadang-kadang selalu dengar Zikir Taubat yang bestfriend aku bagi. Rasa tenang sangat. 
Kalau boleh, amalkan zikir. Hehehe. Baik untuk tenangkan fikiran dan hati kita.
Kat Youtube banyak zikir-zikir, doa-doa. Tak salah luangkan waktu kita sekejap dengar semua tu. Untuk kebaikan diri sendiri juga kan? Dapat pahala :]

Ada satu ayat dalam Twitter yang mencuit hati aku,
"Sebut nama Allah, dapat pahala. Buka Al-Quran pun dapat pahala."
Tengok. Allah Maha Pemurah. Buat benda macam tu pun dah dapat pahala. Apa lagi kalau kira amalkan. Beribu-ribu, tak pun berjuta-juta pahala yang kita akan dapat.
So, jangan malu nak buat semua tu. Biar apa orang nak cakap. Asalkan Allah tahu niat kita.

Tengok gambar kat bawah ni :]
Remember, ALLAH sentiasa berada di sisi kita. 
Photo credit to: Mamat Fan Page (FB) :)

Bye. Assalammualaikum~



Give Your Heart A Break : )

Sunday, 18 November 2012

Kenapa Dia? ♥

As'salammualaikum.
Aku tak tahu nak mulakan macam mana. Aku sedih sangat malam nie :'( 
Sangat aku sedih macam ni, aku tak tahu nak luahkan kat siapa. Seriously, aku memang tak tahu nak luahkan kat siapa. Aku alone sangat kalau hal macam ni terjadi kat aku.

Kenapa dia?
Kenapa dia yang aku sayang? Kenapa dia yang aku cinta?
Tak lama lagi dekat 2 bulan dah aku kenal dia. Aku kenal dia di FB dan aku start face-to-face dengan dia masa di Pesta Layang-Layang. Akan aku ingat saat-saat pertama aku jumpa dia.

Kenapa dia?
Aku tak tahu kenapa dia yang aku pilih untuk berada dalam hati aku. 
Entahlah. Dia pandai menceriakan aku bila aku sedih, buat aku ketawa.
Tapi aku sedih bila setiap kali dia ingat EX dia. Mungkin dia tidak tahu yang aku di sini menangis kesakitan bila dia asyik ingat EX dia. Aku faham kenapa dia susah sangat nak lupakan EX dia tu.
Dia baru je berpisah dengan EX dia. Aku faham macam mana perasaan dia.

Tapi, 
Dia tak pernah berusaha untuk melupakan EX dia. Tak pernah sekali pun! Padahal EX dia sudah ada teman lelaki yang baru. Aku sering beri kata nasihat kepada dia untuk melupakan EX dia tu.
Tapi, dia kata tak dapat, tak dapat. Aku tahu dia tak pernah nak cuba untuk lupakan. Bila aku cakap biar aku yang ubati luka dihati dia, dia cakap belum bersedia lagi.
Hmmm. Aku cuba untuk memahami dirinya :') 
Walaupun aku terpaksa menahan sakit di hati. Sebab aku dah sayang sangat kat dia ♥

Mungkin belum sampai masa dia untuk terima seseorang selepas EX dia kecewakan dia. 
"Awak, saya akan sentiasa berada di sisi awak dalam senang ataupun susah. InsyaAllah dengan adanya Allah di samping kita, saya akan tetap berada dengan awak."

If they asked me what I see in you, I would smile, look down, and say nothing, because I don’t want them to fall in love with you too.

Bye. Assalammualaikum~



Give Your Heart A Break : )

Saturday, 17 November 2012

Menghitung Hari :)

As'salammualaikum.
Hari nie baru 18/11/2012. Tinggal beberapa tarikh yang penting untuk aku. 
Tarikh pertama yang penting bagi aku, aku dah nak jadi student balik :)
Student Politeknik Kuching.
Nie logo PoliKu. HEHEHE. Punyalah semangat.

Nie perjalanan menuju ke Politeknik Kuching :) *sejuk mata memandangkan. hehehe8
PoliKu jauh sikit dari bandar meowww meowww. Bandar Kuching.

9/December aku start jadi student Politeknik Kuching.
Aku dah buat 'checklist' barang-barang yang nak di bawa ke Kuching.
Tapi, satu pun belum dibeli. HAHAHA.
Kat hometown aku, Marudi dilanda banjir. Tapi belum tahap yang paling kronik.
Aku bingung juga kalau banjir makin teruk, susah aku nak keluar dari Marudi. Susah nak pergi ke Miri & Kuching. Aku masih keliru nak pergi ke Kuching pakai jalan darat or naik kapal terbang.
By the way, my bestfriend, Anil dapat sama tempat study dengan aku. Sama kampus. Adakah satu kebetulan? HAHAHA. Tapi lain course. Aku dapat Diploma Teknologi Maklumat (Rangkaian) dan Anil dapat Diploma Teknologi Maklumat (Pengaturcaraan). Nampak tak permainannya disitu? :P

Tarikh kedua yang penting bagi aku, tak lama lagi AFF Suzuki Cup 2012 nak mula.

Malaysia tahun nie jadi tuan rumah. Bersama dengan Thailand.
Harap HARIMAU MALAYA tahun nie jadi JUARA lagi. Insya Allah. Tapi perlawanan persahabatan HARIMAU MALAYA dengan 3 pasukan luar negara sebelum nie agak kurang memuaskan. Tapi aku percaya dengan K. Rajagobal. King, WE TRUST YOU!

Haishhhh. Bila dah petang petang yang panas macam nie, otak aku terus jadi blur.
APA PUN TAK BOLEHHHH~
Kbye. As'salammualaikum ♥


Give Your Heart A Break : )

Thursday, 15 November 2012

Kembali Berblog

Hahaha.
Assalammualaikum.
Aku kembali selepas beberapa purnama menyembunyikan diri :)
Semenjak babah pasang WiFi, aku mula start balik habit aku suka online sampai berjam-jam.
Aku buat blog baru sebab aku dah ter........ HAHAHAHA.
Banyak kenangan yang aku nak lupakan kat situ. So, aku buatlah blog baru.
Nak tahu kehidupan aku selepas beberapa purnama menyembunyikan diri, just wait and wait.
Ececehhhhh. Apa punya ayatlahh.
Punyalah sakit mata aku tengok semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tutorial blog dari tadi. Tapi, satu pun aku tak dapat nak tangkap :D
Aku nak terus menulis. Tapi, mata aku sudah nak menutup tirai, bantal sudah memanggil.
Esok aku continue okehhh? Byebye!
Assalammualaikum.

Give Your Heart A Break : )